Monday, February 14, 2011

KEPENTINGAN PROJEK


Rekabentuk yang ingin dihasilkan berdasarkan kepada standard ketinggian sebuah motosikal yang lengkap dengan pembawa yang digunakan daripada aras lantai.Ia juga mengikut standard ketinggian manusia tidak kira lelaki atau perempuan.Dengan adanya standard ini reka bentuk dapat dibuat dengan mudah.
Di samping itu juga,di dalam menghasilkan sebuah projek,terdapat beberapa faktor yang perlu diperkenalpasti.Dimana faktor keselamatan adalah perkara yang utama.Jadi adakah ia menepati ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,adakah penyokong yang digunakan benar-benar kukuh dan sebagainya?
Jadi perlulah saya menepati ciri-ciri atau spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agar produk atau projek yang saya hasilkan selamat untuk kegunaan umum.
Keduanya,faktor kemahiran yang mengambil kira kemahiran mengalihkan tong gas ke atas motosikal.Adakah menggunakan konsep rantai dan sebagainya.
Faktor ketiganya pula adalah faktor ketahanan dimana pengkajian bahan-bahan yang diperlukan untuk produk yang digunakan adakah berkualiti atau tidak.Pengujiaan alatan yang dicipta bagi melihat ketahanannya
Dan faktor yang terakhir ialah faktor keselamatan dan keselesaan pengguna dalam menggunakan produk yang direka bentuk.Dimana faktor usia dititikberatkan agar tidak memudaratkan kesihatan setiap golongan pengguna.

SKOP PROJEK

  • Menaikkan tong gas keatas motorsikal yang menggunakan ‘carrier’ untuk penghantaran gas ke pelanggan.
  • Berat tong gas : Maksimum : 14kg
                                       Minimum : 12kg
 

    KANDUNGAN TONG GAS
    GAS PETROLEUM CECAIR (LPG)
    SPESIFIKASI
    SAIZ TONG GAS
    KECIL
    BESAR
    JISIM (TONG GAS)
    15.8 kg
    16.5 kg
    JISIM (KANDUNGAN TONG GAS)
    12.0 kg
    14.0 kg
    JISIM (TONG GAS + KANDUNGAN TONG GAS)
    27.8 kg
    30.5 kg
    DIAMETER (TAPAK)
    300 mm
    333 mm
    TINGGI
    600 mm
    600 mm
    UKUR LILIT (TAPAK)
    980 mm
    1000 mm
     

LUKISAN LENGKAP










SKETCHING





OBJEKTIF PROJEK

  • MENGANGKAT DAN MENURUNKAN TONG GAS
  • MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN

PERMASALAHAN YANG TIMBUL

  • MASALAH SEORANG INDIVIDU INGIN MENAIKKAN ATAU MENURUNKAN TONG GAS
  • KESAN DARIPADA MENGGUNAKAN KAEDAH MANUAL